Riwayat hidup Cheng_Ho

Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382. Dikembiri, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang mahir berperang. [2]

Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu. [2] Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang.

Shen Du (沈度 shen3 du4), Zirafah dibawa balik dari Afrika pada tahun ke dua belas Yongle (1414 AD)

Pada tahun 1424, Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi (memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh sida-sida di istana. Zheng He melakukan satu lagi pelayaran di bawah Maharaja Xuande (memerintah 1426 - 1435) tetapi selepas itu, pelayaran kapal harta karun China berakhir.

Menurut buku SELAYANG PANDANG SEJARAH MADURA yang dibuat oleh DR Abdurrahman [perlu rujukan], Laksamana Zheng He tewas dalam pertempuran dengan Pangeran JOKOTOLE / Pangeran Secodiningrat III / Pangeran Setyodiningrat III dari Kerajaan Sumenep di Pulau Madura

Laksamana Zheng He beserta perahunya hancur luluh ketanah tepat di atas Bancaran (artinya, bâncarlaan)[perlu rujukan], Bangkalan di pulau Madura. Sementara Piring Zheng He jatuh di Ujung Piring yang sekarang menjadi nama desa di Kecamatan Kota Bangkalan. Sedangkan jangkarnya jatuh di Desa/Kecamatan Socah